Nak Tak???

Friday, May 6, 2011

Bye!!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam penguhulu hari.

Alhamdulillah..hari nie last day kat UTHM..bye2..InsyaAllah akan ke sini semula jika diizinkan bagi mencari ILMU MU..Last pic terakhir dengan rakan-ran..semoga ukhwah yang terjalin berkekalan sehingga akhir hayat.



Wednesday, April 20, 2011

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI

Monday, April 18, 2011

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah.


kredit to Apple hijau

Saturday, February 12, 2011

Masih ada WAKTU..

Assalamualaikum semua...

Hehehe...sudah lama aku tidak berjalan-jalan di blog ini..Dah boleh ditutup agaknye..Ehmm..banyak cerita hendak diceritakan..tapi tak tahu nak mulakan yang mana dulu..Tapi yang pasti tahun 2011,banyak memberi pengajaran kepada aku..Dari 1.1.2011 telah di uji dengan pelbagai dugaan dan cabaran..kadang kala tersungkur aku akhirnya..samapai aku terfikir dimana IMAN aku semasa itu??Sungguh lemah rasanye diri ini..Cuma aku berharap yang terbaik dalam kehidupan ku pada masa akan datang.. yg dulu jadikan pengalaman dan pengajaran..kalau buleh nak lupekan semua..yang best tuk tahun nie 3 of 5 members cHaOs akan menamatkan zaman solo mereka...Mereka terdiri daripade

1) E chaha yg baru lps bertunang hari tu...kawen hujung tahun nie..
(Die tak ltk pon pic nie dekat blog die..tp ak nak taruk gak.:P)


2) Mamai..hehehe..kawen bulan 6 nie..(buat promosi la ak nie, org lain yg kawen >_< )


3) Fisrt kawen antare kami adelah Ceh_at..hehehe..bln 5 nnt..

Mmg ptt pon mereka kn berkawen...sudah lm relationship diorg dengan BF masing2...Tahniah to all my frenz.. Doa daripada sahabat mu ini
Ya Allah..
Satukan hati pasangan Adam dan Hawa ini,
Jadikan mereka pasangan yang kekal ke akhir hayat mereka.

Ya Allah,
Kurniakan mereka ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah
menghadapi setiap dugaan dan cubaran kehidupan dalam berumahtangga
lebih-lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang bakal mereka bina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat..

Amin Ya rabbal Alamin...


InsyaAllah jikalau umur ku panjang dan tiada halangan serta rintangan akan ku sampai ke majlis kamu semue....Kite hanye merancang..Dia yang menentukan..


Sunday, November 21, 2010

Aidiladha+Exam

Assalamualaikum...

Agak lama tidak menaip sesuatu pada ruangan ini..Hanya copy & paste sahaja yang dilakukan. Mungkin agak terlewat untuk mengucapkan Selamat AidilAdha kepada umat Islam yang memperingati pengorbanan Nabi Ismail serta keluarga baginda.Selain itu memhon doa pembace agar mendoakan saye serta rakan-rakan di IPTA yang akan menjalankan peperiksaan semester bermula minggu hadapan. Inilah perjuangan anda selama 1 semester ini..Good luck!!!

“Barangsiapa yang inginkan dunia maka dia perlu berilmu, barangsiapa yang inginkan akhirat maka dia perlu berilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia perlu berilmu.”

Sunday, November 7, 2010





video

::Kenal pasti C+S+M+S::

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Sumber:justmystoryline


Sunday, October 31, 2010

::SEMINIT SAJA ::


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah
sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.


Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun

kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,
serta terus klik pada icon

DELETE .

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?
Sebar luaskanlah & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG
.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka
masih percaya akan sesuatu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Inilah perjalanan ku.. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates